Malek + Shiha

May 18th, 2012

Assalamualaikum,

Hari ni aku blur kejap, aku ingatkan hari Khamis, rupanya dah Jumaat. Ya Allah cepat betul masa berlalu, alih2 dah nak masuk bulan 6. Bulan 7 dah tak lama lagi, hehe. Ada apa dengan bulan 7 eh? Korang doakanlah aku dimurahkan rezeki ya. Oklah, kali ni entri pasangan Malek dan Shiha. Majlis mereka diadakan di Dewan Temerloh Jaya, dalam bulan 3-5, rezeki aku murah sikit kat area Temerloh ni, Alhamdulillah. Ok, korang layan dulu gambar pasangan ini.






































Kita orang layan outdoor dekat tempat pevret di Stesyen Keretapi Mentakab. Tempat ni memang popular sekarang ni, sekali turun 5-6 pasang pengantin ada kat sini buat outdoor. Ok, terima kasih kepada kedua pengantin dan family yang memberi kerjasama pada aku dan tak lupa juga kepada rhodong-rhodong pengantin.

p/s: Teringat member aku salah sebut perkataan “outdoor”. Dia tertukar “outdoor” dengan “outgoing”. Jom outgoing. Pecah perut kejap.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Am + Yat

April 18th, 2012

Assalamualaikum,

Kali ni aku update majlis perkahwinan pasangan Am dan Yat yang diadakan di Kajang. Entri ni aku terlambat update sikit dek kesibukan aku disamping masalah kesihatan. Mohon maaf pada Am dan Yat coz terlambat update, mahaap kan pakcik yo. Am asal dari Bangi, tak lah jauh sangat dengan Yat, tapi Am ni bertugas nun jauh sikit keluar dari semenanjung. Pada masa majlis bersanding, hujan renyai2, sejuk sikit tengahari tu, Alhamdulillah. Oklah, jom layan gambar mereka.

















































Akhir sekali, aku doakan korang berbahagia hingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kat kedua pengantin dan family yang banyak memberi kerjasama.

p/s: Promotion aku masih lagi berjalan, tapi sangat limited. Kepada mereka yang berminat sila klik sini 2012 Promotion.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

2012 Wedding Promotion

April 13th, 2012

Assalamualaikum.

Dah hampir 3 tahun kot aku tak buat promosi untuk pakej2 perkahwinan aku. Tapi kali ni aku teringin nak buat promosi untuk bakal2 pengantin sekalian. Tak nak cakap banyak, kalau ada yang berminat dengan promosi kali ni, silalah contact secepat yang mungkin kerana promosi ini akan berakhir hujung Jun ni. Oh ya, btw promosi ini juga hanya khas untuk pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Jun sampai Disember tahun ini. Sekali lagi oh ya, hehe, promosi ini korang akan dapat special bag sebagai hadiah. Bukan beg biasa, tapi korang boleh letak nama korang dan juga tarikh perkahwinan kat beg comel ini. Size beg ni lebih kurang 13inci X 13inci. Boleh lihat contoh di bawah ye.


Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Ikhsan + Syazana

March 29th, 2012

Assalamualaikum.

Kali ni job aku kat Bukit Gambir Muar, Johor. Pada mulanya aku ingatkan jauh, rupanya dekat je. Kali terakhir job aku di Johor tahun lepas. Sebenarnya seronok bila aku berpeluang buat job di Johor ni, macam2 adat dorang ada. Terutama sekali tol lah, kalau pihak pengantin lelaki tak sediakan duit tol ni kelam kabut juga coz rata2 penjaga tol ni tegar orangnya tak mahu buka laluan. Tapi tu semua untuk happy2 je, menceriakan suasana dengan pelbagai telatah.








































Untuk outdoor ni aku buat di Pekan Sungai Mati. Memang sebuah pekan yang lama, dengan majoriti masyarakat cina yang terlalu friendly. Sampaikan aku nak shoot pun dorang guide, haha. Kekadang tensen juga, tapi dorang memang terlalu peramah. Oklah, terima kasih kepada kedua pengantin dan juga keluarga pengantin yang menyediakan penginapan aku dan memberi layanan yang baik. Terima kasih juga kepada assistance aku Nas yang sudi menemani aku ke sini.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Zakry + Yra

March 21st, 2012

Assalamualaikum,

Fuhh, Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku update entri ni, sepatutnya minggu lepas dah update. Aku sebenarnya sekarang cuba untuk update seminggu sekali blog ni, tapi kadang2 masa yang terhad tu yang susah kemudian delay. Kalau hanya menulis sahaja tanpa gambar seminggu 7 kali aku update boleh, nanti entah apa2 aku cerita. Ok, daripada aku over melalut ni, korang layan gambar pasangan pengantin Zakry dan Yra yang diadakan di Temerloh.






































Paling best sekali masa majlis mereka ni ada pertunjukan silap mata, haha. Terhibur semua tetamu termasuk aku, memang 1st time aku pergi kenduri ada silap mata, terbaiklah. Aku suka outdoor kali ni coz aku buat dekat kebun getah(kredit to owner kebun). Nasib baik kebun bersih dan nyamuk pun tak banyak. Cuaca pula cantik sangat hari tu..:). Oklah, terima kasih kepada pengantin yang memberi layanan best kat aku hari tu. Semoga kalian kekal hingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki olehNya-Amin.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Ezry + Azlina

March 6th, 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sudah masuk bulan Mac. Bagi geng2 kerja kahwin, bulan ni adalah bulan yang agak sibuk dengan kerja kahwin. Dari tokey telur ayam sampai lah ke supplier2 bunga manggar(ada kena mengena ke). Aku tak terlepas juga dengan kesibukan bulan ni, bukan buat2 sibuk, tapi memang sibuk 2 kali ganda daripada bulan biasa. Ok, kali ni job aku di Bukit Jelutung. Majlis mereka diadakan di Dewan Gutrhie. Majlis pernikahan mereka dibuat belah pagi manakala bersanding pula sebelah malamnya, satu hari kasi setel semua.





































Ina + Eizan from snapit on Vimeo.

Ok, pada majlis mereka ini, Fairuz Rusli turut membantu aku sebagai 2nd photographer, thanks bro. Akhir sekali, terima kasih kepada semua terutama pengantin yang telah banyak menolong team kami pada hari tu. Semoga kalian kekal bahagia dan di redhai sehingga akhir hayat. Amin

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion