Archive: February, 2012



Ipoh

Tuesday, February 28th, 2012

Assalamualaikum,

Entri kali ni bukan wedding, entri jalan-jalan pulak. Pada 2 minggu lepas, aku dengan 3 orang sahabat membuat outing kecil kecilan di Ipoh. Serius, sudah lama aku tak ber-outing ni. Memang fokus pada wedding je. Lagipun bagus untuk refresh2 dan release tension sikit otak aku ni. Tapi outing kali ni special sikit bagi aku coz aku 100% shoot dengan kamera filem. Aku tak bawak pun kamera dslr aku hari tu. Memang agak tricky juga nak shoot dengan kamera filem. Kalau nak tekan shutter je, kena konpom betul2 dulu exposure dan composition. Aku memang kekok mulanya, bila shoot je mesti nak tengok skrin belakang kamera macam dslr, padahal mana ada, haha.












































Sebanyak 3 lokasi aku sempat singgah di Ipoh. Pasar Karat-Kelly Castle-Ipoh Padang-Stesen Keretapi Ipoh. Tempat paling aku suka ialah Pasar Karat. Macam2 ada dijual, ada yang rare, ada yang biasa2. Tapi aku tak kesempatan nak membeli apa2 kat sini, hehe. Kat Ipoh ni memang banyak bangunan lama dan sejarah2 masih ada lagi. Itupun kami tak sempat nak round satu Ipoh lagi dek masa tak cukup dan perlu balik ke KL. InsyaAllah ada masa nanti aku datang lagi ke sini. Ok, akhir sekali terima kasih kat Maan, Qawi dan Wan yang sudi membawa aku ke Ipoh. Next time kita outing jauh sikitlah ye..:P

INFO:

Nikon F3
Nikon 50mm f1.4
Nikon 135mm f2

Fujifilm Superia 200
Kodak Colourplus 200
Kodak T-max BNW 400 (expired 2005)
Lucky BNW 200

Sani + Lia

Thursday, February 23rd, 2012

Assalamualaikum,

Kali ni job aku dekat Kuala Selangor. Fuhh, memang boleh tahan juga jauhnya, first time aku jejak ke sini, kalau dulu orang cakap Kuala Selangor mesti aku terbayang sawah padi. Hehe, tapi job aku di tengah pekan Kuala Selangor ni, sawah padi memang tak nampak lah. Tapi sekarang highway dah ada, so tak terasa jauhnya.






















Untuk outdoor mereka ni aku buat di Bukit Malawati, hehe. Memang thrill lah nak bukit ni dengan menggunakan tram untuk naik atas bukit. Bila naik je, terperanjat coz memang banyak monyet. Tapi hati2, monyet sini memang kelaparan sokmo. Hehe, oklah, kepada kedua pengantin ini aku ucapkan selamat pengantin baru dan murah rezeki. Terima kasih juga kepada korang berdua.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Hadry+Linda

Thursday, February 2nd, 2012

Assalamualaikum,

Entri wedding pertama pada tahun 2012 ni, dan ini juga job pembukaan untuk tahun 2012. Tahun baru so rumah aku ni pun bertukar kepada baru sikit dengan beberapa perubahan. Tapi masih renovation lagi ni, ada lubang sana sini kena tampal lagi. Ok², pasangan Hadry dan Linda ini dinikahkan di Masjid Tuanku Mizan ataupun orang panggil Masjid Besi di Putrajaya. Alhamdulillah dapat juga aku shoot kat masjid ni, ini kali pertama dapat selepas lama duk teringin manakala majlis resepsi mereka keesokannya di Dewan Seri Siantan, Putrajaya juga. Korang layan dulu gambar-gambar diorang.

















































Outdoor mereka berdua pula dekat Hotel Pullman, Putrajaya. Pertama kali juga aku shoot sini, hehe. Rezeki aku untuk pembukaan tahun 2012 ni, banyak juga yang 1st time kot. Hujan renyai² sikit masa outdoor tu, tapi dorang ni memang sporting habis walaupun berbasah-basah masa outdoor. Kesian pun ada coz basah, hehe. OK², akhir kata terima kasih kepada family kedua belah dan juga rakan2 kedua pengantin yang memang sangat sporting dan best. Semoga kedua pengantin baru ni dimurahkan rezeki, semoga menjadi pasangan bahagia dan dirahmati Allah dan kekal dunia dan akhirat, Amin.

p/s: Lepas ni aku teringin nak tengok adik lelaki Linda ni kahwin pula, hehe.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion