Archive for February, 2009
Bagan Lalang
Salam…
tanpa sebarang perancangan awal, aku ym si Sumardi ajak jalan Bagan Lalang ptg smalam…dia kata on, Zayd pun ada sekali, kami bertiga sampai pkul 6.30pm di sana, aku shoot sunset di kawasan² skitarnya, matahari agak cerah dan bulat tetapi keadaan langit dan awan melindungi matahari…hanya dua keping saja berjaya di selamatkan..hehe, pas dah habis, kita orang layan ikan bakar kat sana…pastu pulang..layannn…

Kelihatan dua orang pekerja asing pulang setelah tamat waktu bekerja di Pantai Bagan Lalang.

Pagar yang menjadi sempadan untuk projek Gold Coast Bagan Lalang yang masih dalam pembinaan.
Wassalam
11 commentsAina & Najwa Street Portraiture
Salam..
pada hari Ahad tu..sebelum aku shoot LTDL, aku shoot portraiture di area Central Market dan kawsan skitarnya…outing kali ni dianjurkan oleh kawan² dari UniKL Miat yang membawa pelajar² mereka, terima kasih kat Faizal Sharif …sperti biasa aku, Zayd, Chot, dan Nanba datang pada pagi tu dalam pukul 9am…kita orang carpool ngan chot dari Bangi..yang selebihnya seperti Sumardi, Amm, Agen,Waja dan Appen menyusul kemudian..outing kali ni disertai oleh bro Wazari…
outing berakhir pada pukul 1.00pm…selepas makan tegahari di area CM..selepas group photo, smua bersurai..tapi aku n kawan² lain xbalik lagi n tunggu untuk LTDL pada pkul 3pm tu..okla, korang layan la gambar dulu k…












ok..lastly aku nak ucapkan terima kasih kepada organizer yang sudi menjemput aku dan rakan² yang lain..terima kasih juga kepada model Aina dan Najwa…korang best!!
Wasalam.
20 commentsLTDL Final Stage-Kuala Lumpur Criterium
Hari ahad baru ni aku n rakan² lain pegi layan LTDL di Kuala Lumpur…memandangkan ianya final stage mmbuatkan kitaorang teruja sekali…smua planning di buat oleh Zayd, dari segi jalan pintas, strategi dan smuanya..thanx Zayd, walaupun ada lokasi kami yang terlepas tapi 80% plan kitaorang berjaya pada hari tu..berlari kesana sani, start dari Jalan Raja Chulan, bergerak naik monerel pegi ke Bukit Nanas, kemudian berlari pegi ke depan KLCC pastu berlari lagi pegi nek tren pegi ke dataran merdeka..walaupun agak penat..tapi xpela, janji puas…LTDL kali ni aku mmg target nak main panning saja..banyak gambar panning, sampai aku pun pening la.. ada yg menjadi, ada yang x..adat la tu kan..xpela..layan je la dulu k

test dlu panning kat uncle ni…

go malaysia!!!







Terima Kasih..jumpa lagi untuk LTDL akan datang..
16 commentsIsnin
Salam..cuti Thaipusam baru² ni aku pegi shooting lagi, kali ni LTDL di Putrajaya-Senawang Stage 1…pkul 8am dah terpacak kat Putrajaya tu, pastu si Zayd call ajak minum lu kat presint 9 (mamak kembar), dia dengan Chot dah ada sana..
“alaaa…benda tu start pkul 10am..ko bukan nye OP nak dtg awl²”…haha,nanba sound aku, ye x ye gak ek,xkan nak shoot penari² tu tengah make up..ngat wedding ke apa…jom² minum lu…
tengah otw nak ke kedai minum..aku tengok cuaca mendung je menyelubungi Putrajaya…aku tengok awan gelap di sana sini..tapi ada jugak awan yang ceria terang bederang…
“jap lagi panas la tu…ko tengok sana, cerah kan..siap ada rays lagi” nanba sedapkan ati masa aku tengah membonceng di belakang motor LC135 dia…
aku sengaja nak tumpang si nanba coz xlarat nak bawak motor time tu coz malam tadi aku baru sampai dari kampung, letih..aku dtg rumah dia pun naik kereta park kat rumah dia…huhu, pas minum kitaorang berempat gerak ke tempat starting di depan Palace Of Justice..kat sana terjumpa si Amm Oren tengah layan shoot..cuaca still sama, masih kelam²…xpela, shoot je laa..ntah berapa kali aku setting D80 aku, dari tukar white balance smpai ke optimize image untuk sesuaikan dengan cuaca pagi tu…si Zayd sengih je kat aku, mentang² la ko pakai D300 ek…


sebelum perlumbaan, mmg kitaorang dah cari port yang best di selekoh..tapi agak malang bagi diri aku coz satu gambar pun aku xdapat..hampes,tp xpelah,aku dh cuba juga kan..huhu,tp xpe..hasil perbincangan semua, kitaorang setuju kejar pelumba basikal ni sampai ending di Senawang,hati gembira kembali..aku tumpang kereta si Arm..gerak terus ke Senawang..
sampai di Senawang pkul 12pm, cuaca panas sangat,..aku berjemur mcm mat saleh berjemur di pantai…tp nak wat mcmna, kes balas dendam nak repeat balik yg kat Putrajaya tu kan…dekat sejam kitaorang tunggu konvoi basikal tu smpai kat ending dlm keadaan tengah panas tu…akhirnya..dia muncul…..

si Nanba tengah cari setting best kat D80 dia..

Mattia Gavazzi dari pasukan Diquigiovanni-Androni yang menang…
ternyata bukan senang nak dapatkan hanya sekeping gmbar..dengan orang yang terlalu ramai..dengan halangan polis lagi..tapi Alhamdullilah..aku dapat r juga daripada takda langsungkan..datang jauh²..huhu..

aku juga ingin jadi pelumba basikal laa mcmni…
selepas selesai…kitaorang bersurai di kedai makan selepas menikmati makan tegahari di Penang Street Cafe..dah abis..jom balik Putrajaya, hari Isnin masih panjang lagi ni..ada satu lagi shooting yang harus di bereskan..sesi outdoor portraiture Fadil n Jaja pada sebelah petang..plan asal ialah sebelah pagi, tapi dah clash kan ngan LTDL..lagipun cuaca kurang memuaskan pagi tu..pukul 5pm kitaorang start shooting di sana..kat sini, aku ada uploadkan beberapa gmbar untuk tatapan..enjoyy




tujuan shooting pasangan ni ialah repeat kepada outdoor mereka semasa perkahwinan mereka dulu yang xdapat buat coz hujan..sila tekan sini untuk tengok gmbar perkahwinan mereka berdua dulu…lastly, terima kasih kat Fadil dan Jaja coz sudi juga datang pada hari Isnin tu..dan terima kasih juga kat si Zayd dan Nanba yang turut serta dalam shooting tu…aku pulang ke rumah petang tu dengan diiringi selsema dan batuk² halus..nak demam la ni..hmmm
Wassalam
5 commentsAyen dan Emma

















………………………………………………………………………..
Salam…
Ayen dan Ema tu kawan lama aku masa geng² nakal zaman remaja belasan tahun dulu, main skate,skuter dan macam² lagi,..hehe, mereka berdua ni mmg dah bercinta lama..dari dulu slalu bersama..kat mana ada Ayen..di situ la ada Ema..sekarang..kedua mereka selamat di ijab kabulkan di Temerloh, Pahang..Alhamdulillah..aku shoot mereka berdua ni xda masalah sangat coz kitaorang dah biasa dan selalu buat lawak sama sendiri..so enjoy je aku shoot dorang…oklah,korang layan la lu gmbar ok..btw, thanx kat family Ayen dan Ema coz mmberi layanan yang sangat best kat aku..semoga Ayen dan Ema kekal bersama selamanya dan murah rezeki..aminnnn…dan xlupa juga kepada Zam yang tag along dengan aku..terima kasih
Wsalam
Kerul Shukor
+6017 209 2184