Kerul Shukor Photoblog

Archive for January, 2010

Adi dan Yanti(bertandang)

Salam,
kali ini siri si Adi dan Yanti bertandang pula, majlis mereka di lansungkan di Dewan Kelana, Kelana Jaya. Tapi kali ini, official photographer mereka ialah Acai yang sepatutnya shoot mereka ketika majlis pernikahan mereka dahulu, tetapi Acai ada hal yang tak dapat di elakan ketika itu dan dia mewakilkan aku, entry pernikahan mereka ada di bawah. Korang layan dulu yang ini ok.

Pada majlis mereka tu, aku nampak ramai selebriti-selebriti yang hadir, yang aku tak puas hati tu, aku boleh tanya si Acai yang driver untuk pengantin tu macam Rosyam Nor kan, padahal memang Rosyam Nor pun yang jadi driver masa pengantin berarak ke dewan, arhhhh..tak dapat aku nak bergambar ngn idola aku tu, si Acai je dapat bergambar, aku ni mmg susah sikit nak cam orang, hahaha..lawak², apa-apa pun terima kasih kepada Acai yang sudi menjemput aku untuk shoot pada majlis mereka, dan kepada Adi dan Yanti, korang nampak makin ceria lah sekarang, maklum lah, pengantin baru kan..hehe, tapi memang korang berdua ni memang sporting habis laa, very very friendly and funny, hehe..aku harapkan semoga korang berdua berbahagia sepanjang hayat. InsyaAllah.

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

No comments

Syarif dan Yati

Salam..kali ini giliran kedua mempelai iaitu Syarif dan Yati, majlis perkahwinan mereka di adakan di Pinggiran Putra, Kajang. Job kali ni adalah job penutup untuk 2009, terlalu banyak kenangan yang aku tinggalkan tak kira manis dan pahit, ikutkan hati aku nak je buat satu entry pasal 2009, hehe..tapi agak bz, tak sempat, apa² pun aku tetap bersyukur dengan segala yang diberi olehNya selama ini.

kepada kedua pengantin baru ni, aku harapkan mereka berbahagia selamanya dan terima kasih kepada kedua belah pihak keluarga korang, dan kepada K.A, Rabiq, Ajakdan Nanba terima kasih kerana sudi menolong aku dan menemani aku sepanjang majlis mereka, hehe, kadang² aku terpikir, sebenarnya memang seronok ambil gambar orang kahwin ni, terlalu banyak dapat belajar banyak benda² yang baru, pengajaran dan pengalaman terutama bab berjalan-jalan ni, aku harapkan 2010 ni, dapat lah pengantin yang memerlukan khidmat aku di Kelantan, sebab aku teringin pergi ke sana, hehe..InsyaAllah

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

7 comments

Firdaus dan Fizah

Salam..entry aku kali ni adalah majlis bagi pasangan Firdaus dan Fizah yang diadakan di Sungai Buluh, si Fizah yang kini bekerja sebagai guru di sekolah nun jauh di seberang, bukan Indonesia..hehe, tapi di Sabah, jauh tu, harapkan cuti sekolah la mereka berdua dapat berjumpa, kesian juga, tapi bersabar lah ye. Harap proses perpindahan si Fizah ke semenanjung berjaya..InsyaAllah

ok, akhir sekali aku nak ucapkan semoga kalian berdua berbahagia hingga ke akhir hayat dan kepada si Firdaus, sabar ye..buat masa sekarang ni kena la duk bujang kejap..hehe, terima kasih juga kepada taggers aku iaitu si Ajak dan Rabiq yang sudi teman aku pada sesi outdoor mereka berdua ni.

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

5 comments

Adi dan Yanti

Salam..

Pertama sekali, aku ingin ucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung blog ini, tiada kata ucapan selain aku berharap korang semua mempunyai suatu azam untuk berjaya dalam hidup ini, InsyaAllah. Oh ya, amacam dengan penampilan blog aku, tahun baru, blog pun kena renovated sikit la kan, hehe..aku bagi gambar besar² punya supaya korang tengok pun puas. Ok, kali ni job aku di Banting pula, iaitu majlis pernikahan pasangan Adi dan Yanti, ini adalah job si Acai, Acai x dapat hadir untuk shoot Adi dan Yanti pada hari tersebut, terima kasih Acai kerana mempercayai aku untuk shoot mereka.

Terima kasih kepada Cot yang sudi menemani aku pada hari tu, dan x lupa juga kepada kedua pasangan ni yang sangat² best dalam melayan karenah kami berdua. Semoga korang berbahagia selamanya. InsyaAllah.

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

10 comments