Archive: ‘Outdoor’



Malek + Shiha

Friday, May 18th, 2012

Assalamualaikum,

Hari ni aku blur kejap, aku ingatkan hari Khamis, rupanya dah Jumaat. Ya Allah cepat betul masa berlalu, alih2 dah nak masuk bulan 6. Bulan 7 dah tak lama lagi, hehe. Ada apa dengan bulan 7 eh? Korang doakanlah aku dimurahkan rezeki ya. Oklah, kali ni entri pasangan Malek dan Shiha. Majlis mereka diadakan di Dewan Temerloh Jaya, dalam bulan 3-5, rezeki aku murah sikit kat area Temerloh ni, Alhamdulillah. Ok, korang layan dulu gambar pasangan ini.






































Kita orang layan outdoor dekat tempat pevret di Stesyen Keretapi Mentakab. Tempat ni memang popular sekarang ni, sekali turun 5-6 pasang pengantin ada kat sini buat outdoor. Ok, terima kasih kepada kedua pengantin dan family yang memberi kerjasama pada aku dan tak lupa juga kepada rhodong-rhodong pengantin.

p/s: Teringat member aku salah sebut perkataan “outdoor”. Dia tertukar “outdoor” dengan “outgoing”. Jom outgoing. Pecah perut kejap.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Ikhsan + Syazana

Thursday, March 29th, 2012

Assalamualaikum.

Kali ni job aku kat Bukit Gambir Muar, Johor. Pada mulanya aku ingatkan jauh, rupanya dekat je. Kali terakhir job aku di Johor tahun lepas. Sebenarnya seronok bila aku berpeluang buat job di Johor ni, macam2 adat dorang ada. Terutama sekali tol lah, kalau pihak pengantin lelaki tak sediakan duit tol ni kelam kabut juga coz rata2 penjaga tol ni tegar orangnya tak mahu buka laluan. Tapi tu semua untuk happy2 je, menceriakan suasana dengan pelbagai telatah.








































Untuk outdoor ni aku buat di Pekan Sungai Mati. Memang sebuah pekan yang lama, dengan majoriti masyarakat cina yang terlalu friendly. Sampaikan aku nak shoot pun dorang guide, haha. Kekadang tensen juga, tapi dorang memang terlalu peramah. Oklah, terima kasih kepada kedua pengantin dan juga keluarga pengantin yang menyediakan penginapan aku dan memberi layanan yang baik. Terima kasih juga kepada assistance aku Nas yang sudi menemani aku ke sini.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Zakry + Yra

Wednesday, March 21st, 2012

Assalamualaikum,

Fuhh, Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku update entri ni, sepatutnya minggu lepas dah update. Aku sebenarnya sekarang cuba untuk update seminggu sekali blog ni, tapi kadang2 masa yang terhad tu yang susah kemudian delay. Kalau hanya menulis sahaja tanpa gambar seminggu 7 kali aku update boleh, nanti entah apa2 aku cerita. Ok, daripada aku over melalut ni, korang layan gambar pasangan pengantin Zakry dan Yra yang diadakan di Temerloh.






































Paling best sekali masa majlis mereka ni ada pertunjukan silap mata, haha. Terhibur semua tetamu termasuk aku, memang 1st time aku pergi kenduri ada silap mata, terbaiklah. Aku suka outdoor kali ni coz aku buat dekat kebun getah(kredit to owner kebun). Nasib baik kebun bersih dan nyamuk pun tak banyak. Cuaca pula cantik sangat hari tu..:). Oklah, terima kasih kepada pengantin yang memberi layanan best kat aku hari tu. Semoga kalian kekal hingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki olehNya-Amin.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Sani + Lia

Thursday, February 23rd, 2012

Assalamualaikum,

Kali ni job aku dekat Kuala Selangor. Fuhh, memang boleh tahan juga jauhnya, first time aku jejak ke sini, kalau dulu orang cakap Kuala Selangor mesti aku terbayang sawah padi. Hehe, tapi job aku di tengah pekan Kuala Selangor ni, sawah padi memang tak nampak lah. Tapi sekarang highway dah ada, so tak terasa jauhnya.






















Untuk outdoor mereka ni aku buat di Bukit Malawati, hehe. Memang thrill lah nak bukit ni dengan menggunakan tram untuk naik atas bukit. Bila naik je, terperanjat coz memang banyak monyet. Tapi hati2, monyet sini memang kelaparan sokmo. Hehe, oklah, kepada kedua pengantin ini aku ucapkan selamat pengantin baru dan murah rezeki. Terima kasih juga kepada korang berdua.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Hadry+Linda

Thursday, February 2nd, 2012

Assalamualaikum,

Entri wedding pertama pada tahun 2012 ni, dan ini juga job pembukaan untuk tahun 2012. Tahun baru so rumah aku ni pun bertukar kepada baru sikit dengan beberapa perubahan. Tapi masih renovation lagi ni, ada lubang sana sini kena tampal lagi. Ok², pasangan Hadry dan Linda ini dinikahkan di Masjid Tuanku Mizan ataupun orang panggil Masjid Besi di Putrajaya. Alhamdulillah dapat juga aku shoot kat masjid ni, ini kali pertama dapat selepas lama duk teringin manakala majlis resepsi mereka keesokannya di Dewan Seri Siantan, Putrajaya juga. Korang layan dulu gambar-gambar diorang.

















































Outdoor mereka berdua pula dekat Hotel Pullman, Putrajaya. Pertama kali juga aku shoot sini, hehe. Rezeki aku untuk pembukaan tahun 2012 ni, banyak juga yang 1st time kot. Hujan renyai² sikit masa outdoor tu, tapi dorang ni memang sporting habis walaupun berbasah-basah masa outdoor. Kesian pun ada coz basah, hehe. OK², akhir kata terima kasih kepada family kedua belah dan juga rakan2 kedua pengantin yang memang sangat sporting dan best. Semoga kedua pengantin baru ni dimurahkan rezeki, semoga menjadi pasangan bahagia dan dirahmati Allah dan kekal dunia dan akhirat, Amin.

p/s: Lepas ni aku teringin nak tengok adik lelaki Linda ni kahwin pula, hehe.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Sepetang di Pantai Kelanang

Wednesday, January 18th, 2012

Assalamualaikum,

Kali ni entri rehat jap, hehe. Selepas tamat tahun 2011 beberapa hari lepas, aku cuba nak refresh balik otak aku ni. Maksud aku, aku try shoot lain selain wedding. Bukan apa, sekadar untuk refresh idea-idea baru. Ok, wife aku jadi model aku kali ni(thanks sayang). Kita orang pergi ke Pantai Kelanang, Banting untuk shoot ni. Dah lama kot nak ke sini tapi tak kesempatan. Memang cantik Pantai Kelanang, nak pulak time sunset kat sini, Subhanallah. Aku tak bawak wide lens masa ke sini, sayang sekali coz tengok photographer lain shoot landscape macam nak pinjam dah lens dorang, haha. Takpalah, next time aku mai sini aku nak shoot landscape plak.









Wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion