Archive: ‘Outdoor’



Suzani + Atikah

Sunday, January 15th, 2012

Assalamualaikum,

Entri 1st untuk tahun 2012 walaupun sudah 2 minggu 2012 bermula, tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada korang. Bermulanya tahun 2012 ni aku berharap agar ada peningkatan demi peningkatan untuk aku berjaya dalam bidang yang aku minati ini, aku akan cuba buat terbaik, InsyaAllah. Ok, kali ni pasangan Suzani dan Atikah yang berlansung di Temerloh dan belah lelaki pula di Merapoh. Bukan Jemapoh tau, tu cerita “Dari Jemapoh ke Manchester”,hehe. Tapi perjalanan ke Merapoh boleh tahan juga jauhnya, 3 bandar aku tempuh, mula-mula Bentong, Raub dan Kuala Lipis. Tapi Raub dan Kuala Lipis 1st time aku ke sini, harap je orang Pahang. Hahaha..






















Cerita pasal Merapoh tadi, aku ditemani oleh 2 jejaka hensem yang sudi ikut aku ke sana, terima kasih K.A dan Ajak. Ok, kepada kedua pengantin, semoga kalian berbahagia sampai akhir hayat, InsyaAllah.

Wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

Aziz + Anna

Tuesday, December 27th, 2011

Assalamualaikum,

Tahun 2012 dah tak lama lagi, tinggal beberapa hari lagi. Pejam celik je dah nak masuk 2012, mungkin banyak kenangan pada tahun ni, suka duka tahun ni tetap menjadi sebagai kenangan sampai bila-bila. Tapi yang penting tahun 2012 mungkin tahun yang paling mencabar buat aku, insyaAllah ada khabar gembira menanti..:). Weeeeeee…pasangan kali ni ialah Aziz dan Anna, majlis mereka dilangsungkan di Bukit Bendera, Mentakab. Majlis mereka selang sehari je dengan pengantin di entri bawah ni, mereka berdua sebenarnya rakan sekolah. Manakala si Aziz juga merupakan kawan aku semasa zaman sekolah, tapi memang dah lama tak jumpa since habis sekolah lagi. Agak terperanjat juga coz pada mulanya aku tak tahu pengantin lelaki ialah Aziz.
































Ok, kepada Aziz dan Anna, selamat pengantin baru semoga kekal selamanya dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kepada sahabat aku yang sudi membantu aku pada majlis mereka ni iaitu Zam.

Wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

Endy+Khety

Monday, December 5th, 2011

Assalamualaikum.

Rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua. Azam baru, muka baru, blog baru, isteri pun baru, hehehe..betul lah, aku baru kahwinkan hari tu. Ok2, gurau je. Dah lama juga aku tak berceloteh dalam blog ni, hari ni cuba lepas gian untuk entri pasangan pengantin ni. Ok, kali ni job aku bertempat di Kuala Kubu Bharu untuk pasangan Endy dan Khety. Memang best lah duduk sana bagi aku lah kan sebab aku suka suasana pekan kecil kat situ yang aman je, sunyi, dan paling penting tak padat dengan kenderaan dan orang. Kat situ ada banyak bangunan lama yang berusia puluhan tahun. Struktur bangunan2 lama dekat situ memang ada sentimental value lah, cewahh. 2 hari duduk sana, rasa macam tak puas. Ok, layan dulu gambar dari KKB kat bawah ni.

Haaa, amacam, kepada mereka2 yang nak buat prewedd/postwedd “vintage style”, aku saran kan datang ke KKB, sebenarnya banyak lagi bangunan lama kat sini, tetapi waktu tu hujan turun, agak terhad untuk pergi ke bangunan lain. Tak lupa juga di KKB ada empangan yang besar, situ pun tak kesempatan nak pergi dek hujan yang turun, tapi Alhamdulillah sebab dapat juga beberapa gambar outdoor kat situ untuk bawak balik KL. Ok, terima kasih kepada family, rakan2 pengantin dan terutama pengantin sendiri yang banyak bagi kerjasama selama aku duduk sana 2 hari, semoga kalian berdua berbahagia selamanya hendaknya. Amin.

Wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

Hafeez + Sofia

Thursday, December 1st, 2011

image

Wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

Afiq+Ain Prewedd

Thursday, November 17th, 2011

Azam + Raja Nur Aini

Tuesday, October 11th, 2011

image

image

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion