" />

Archive: ‘Outdoor’



Ijat + Siti

Tuesday, July 10th, 2012

Assalamualaikum,

Kali ni entri aku pasangan Ijat dan Siti yang dilangsungkan di Kuantan. Jarang juga aku dapat job area Kuantan ni, alhamdulillah rezeki ada pulak kan. Kalau masa study dulu aku selalu jalan2 ke Kuantan, bukan jauh sangat Temerloh ke Kuantan. Tapi Kuantan memang best, kalau nak mandi pantai memang terbaik. Oklah, jom layan gambar-gambar diorang.































Sebenarnya aku teringin nak buat outdoor di tepi Pantai Berserah, tapi takda rezeki hari tu. Oklah, terima kasih kepada kedua pengantin memberi layanan kat aku selama 2 hari di sana. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan kekal selamnya. Amin

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Taufik + Yana

Friday, June 15th, 2012

Assalamualaikum,

Musim EURO dah start lama dah, sama naik dengan musim orang kahwin, hehe. EURO kali ni kurang aku dapat tengok dek sibuk. Nanti album entah kemana perginya, haha. Aku cuma tengok game yang best2 je, tu pun kalau sempat. Oklah, kali ni job aku di Chemor, Perak. Agak jauh juga, tapi sebenarnya aku memang suka kalau travel jauh2 untuk buat kerja. Macam berbaloi dengan tengok tempat orang, memang seronok. Kalau nak berjalan sendiri memang susah lah kot.







formal evening gown
































short bob wigs

Untuk outdoor bagi pasangan Taufik dan Yana ni aku buat di istana idaman aku selama ini, Kellie Castle kat Batu Gajah. Memang cantik dan terbaik tempat ni untuk outdoor, tapi kami sampai agak lewat juga dan diberi masa hanya sejam untuk shoot. Alhamdulillah, sempat juga shoot walaupun tak rasa puas sebenarnya lagi, hehe. Oklah, terima kasih kat korang berdua yang memberi layanan best. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan bahagia selamanya. Amin

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Malek + Shiha

Friday, May 18th, 2012

Assalamualaikum,

Hari ni aku blur kejap, aku ingatkan hari Khamis, rupanya dah Jumaat. Ya Allah cepat betul masa berlalu, alih2 dah nak masuk bulan 6. Bulan 7 dah tak lama lagi, hehe. Ada apa dengan bulan 7 eh? Korang doakanlah aku dimurahkan rezeki ya. Oklah, kali ni entri pasangan Malek dan Shiha. Majlis mereka diadakan di Dewan Temerloh Jaya, dalam bulan 3-5, rezeki aku murah sikit kat area Temerloh ni, Alhamdulillah. Ok, korang layan dulu gambar pasangan ini.






































Kita orang layan outdoor dekat tempat pevret di Stesyen Keretapi Mentakab. Tempat ni memang popular sekarang ni, sekali turun 5-6 pasang pengantin ada kat sini buat outdoor. Ok, terima kasih kepada kedua pengantin dan family yang memberi kerjasama pada aku dan tak lupa juga kepada rhodong-rhodong pengantin.

p/s: Teringat member aku salah sebut perkataan “outdoor”. Dia tertukar “outdoor” dengan “outgoing”. Jom outgoing. Pecah perut kejap.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Ikhsan + Syazana

Thursday, March 29th, 2012

Assalamualaikum.

Kali ni job aku kat Bukit Gambir Muar, Johor. Pada mulanya aku ingatkan jauh, rupanya dekat je. Kali terakhir job aku di Johor tahun lepas. Sebenarnya seronok bila aku berpeluang buat job di Johor ni, macam2 adat dorang ada. Terutama sekali tol lah, kalau pihak pengantin lelaki tak sediakan duit tol ni kelam kabut juga coz rata2 penjaga tol ni tegar orangnya tak mahu buka laluan. Tapi tu semua untuk happy2 je, menceriakan suasana dengan pelbagai telatah.








































Untuk outdoor ni aku buat di Pekan Sungai Mati. Memang sebuah pekan yang lama, dengan majoriti masyarakat cina yang terlalu friendly. Sampaikan aku nak shoot pun dorang guide, haha. Kekadang tensen juga, tapi dorang memang terlalu peramah. Oklah, terima kasih kepada kedua pengantin dan juga keluarga pengantin yang menyediakan penginapan aku dan memberi layanan yang baik. Terima kasih juga kepada assistance aku Nas yang sudi menemani aku ke sini.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Protected: Zakry + Yra

Wednesday, March 21st, 2012

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Sani + Lia

Thursday, February 23rd, 2012

Assalamualaikum,

Kali ni job aku dekat Kuala Selangor. Fuhh, memang boleh tahan juga jauhnya, first time aku jejak ke sini, kalau dulu orang cakap Kuala Selangor mesti aku terbayang sawah padi. Hehe, tapi job aku di tengah pekan Kuala Selangor ni, sawah padi memang tak nampak lah. Tapi sekarang highway dah ada, so tak terasa jauhnya.






















Untuk outdoor mereka ni aku buat di Bukit Malawati, hehe. Memang thrill lah nak bukit ni dengan menggunakan tram untuk naik atas bukit. Bila naik je, terperanjat coz memang banyak monyet. Tapi hati2, monyet sini memang kelaparan sokmo. Hehe, oklah, kepada kedua pengantin ini aku ucapkan selamat pengantin baru dan murah rezeki. Terima kasih juga kepada korang berdua.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion