" />

Archive: ‘Outing’



Ipoh

Assalamualaikum,

Entri kali ni bukan wedding, entri jalan-jalan pulak. Pada 2 minggu lepas, aku dengan 3 orang sahabat membuat outing kecil kecilan di Ipoh. Serius, sudah lama aku tak ber-outing ni. Memang fokus pada wedding je. Lagipun bagus untuk refresh2 dan release tension sikit otak aku ni. Tapi outing kali ni special sikit bagi aku coz aku 100% shoot dengan kamera filem. Aku tak bawak pun kamera dslr aku hari tu. Memang agak tricky juga nak shoot dengan kamera filem. Kalau nak tekan shutter je, kena konpom betul2 dulu exposure dan composition. Aku memang kekok mulanya, bila shoot je mesti nak tengok skrin belakang kamera macam dslr, padahal mana ada, haha.












































Sebanyak 3 lokasi aku sempat singgah di Ipoh. Pasar Karat-Kelly Castle-Ipoh Padang-Stesen Keretapi Ipoh. Tempat paling aku suka ialah Pasar Karat. Macam2 ada dijual, ada yang rare, ada yang biasa2. Tapi aku tak kesempatan nak membeli apa2 kat sini, hehe. Kat Ipoh ni memang banyak bangunan lama dan sejarah2 masih ada lagi. Itupun kami tak sempat nak round satu Ipoh lagi dek masa tak cukup dan perlu balik ke KL. InsyaAllah ada masa nanti aku datang lagi ke sini. Ok, akhir sekali terima kasih kat Maan, Qawi dan Wan yang sudi membawa aku ke Ipoh. Next time kita outing jauh sikitlah ye..:P

INFO:

Nikon F3
Nikon 50mm f1.4
Nikon 135mm f2

Fujifilm Superia 200
Kodak Colourplus 200
Kodak T-max BNW 400 (expired 2005)
Lucky BNW 200

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion