Archive: ‘Uncategorized’



Ijmal dan Tasha

Monday, April 5th, 2010

Salam,
Sudah lama gak duk coming soon ni kan..hehe, hari ni barulah ada kesempatan nak update entry ni. Kebelakangan ni aku terlalu sibuk, kekadang ter-nyibuk..haha. Ok, entry kali ni giliran Ijmal dan Tasha bersanding di Dewan Tun Razak, Cheras. Kedua-dua mereka ini berasal dari utara. Syok dok dengaq depa sembang..ok, layan dulu gambar² mereka ye..

Cantik pulak aku tengok pasangan ni berpakaian pengantin warna merah. Entry pasangan yang lepas pun warna merah juga. Hehe, terima kasih pada Ajak yang menemani aku pada majlis mereka hari tu, dan kepada kedua pengantin baru ni, semoga korang kekal bahagia hingga akhir hayat hendaknya. Amin

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

Radzi dan Fizah

Wednesday, March 24th, 2010

Salam, job kali ni di Dewan Ibukota, Setapak. Dah 2 kali aku shoot di dewan ini, so dah ada sedikit pengalaman semasa hari tu, ok, kali ni giliran kedua mempelai Radzi dan Fizah yang melansungkan majlis persandingan mereka di situ, mereka dinikahkan pada hari yang sama di sebelah paginya, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

pada hari tersebut aku ditemani oleh Helmi, thanks nanba coz banyak memberi bantuan kepada aku. Tak lupa juga kepada keluarga kedua belah pihak yang telah bagi kerjasama pada kami. Kepada Radzi dan Fizah, selamat menempuh alam perkahwinan ini dan harap korang kekal sepanjang hayat.

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

Firdaus dan Eja

Monday, March 15th, 2010

Salam, kali entry bagi pasangan Firdaus dan Ija yang berlangsung di Sungai Merab, ini adalah job si Acai dan sekali lagi Acai telah memberi kepercayaan kepada aku untuk meng-handle majlis mereka berikutan Acai x dapat hadir atas urusan lain. Thanks Acai!!

Majlis mereka ini merupakan majlis bertandang belah pihak Firdaus yang di adakan di Sungai Merab, pada majlis mereka tu, aku ditemani oleh Ajak. Thanks Ajak!! Ok, akhir sekali terima kasih kat korang berdua yang banyak memberi kerjasama pada masa tu. Semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah.

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

Luqman dan Ina

Monday, February 22nd, 2010

Salam,
Kali ni job aku ialah majlis perkahwinan Luqman dan Ina yang berlangsung di Temerloh, Pahang. Majlis pernikahan mereka diadakan pada hari yang sama juga, senang satu hari dah setel tapi agak penat sikit lah. Kakak kepada Ina ini merupakan ex-client aku dulu, terima kasih kat Zam dan Wan.

Terima kasih kepada Arep yang sudi ikut aku pada majlis mereka hari tu. Dan kepada keluarga kedua belah pihak terima kasih juga atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang majlis hari tu.

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

Adi dan Yanti(bertandang)

Monday, January 25th, 2010

Salam,
kali ini siri si Adi dan Yanti bertandang pula, majlis mereka di lansungkan di Dewan Kelana, Kelana Jaya. Tapi kali ini, official photographer mereka ialah Acai yang sepatutnya shoot mereka ketika majlis pernikahan mereka dahulu, tetapi Acai ada hal yang tak dapat di elakan ketika itu dan dia mewakilkan aku, entry pernikahan mereka ada di bawah. Korang layan dulu yang ini ok.

Pada majlis mereka tu, aku nampak ramai selebriti-selebriti yang hadir, yang aku tak puas hati tu, aku boleh tanya si Acai yang driver untuk pengantin tu macam Rosyam Nor kan, padahal memang Rosyam Nor pun yang jadi driver masa pengantin berarak ke dewan, arhhhh..tak dapat aku nak bergambar ngn idola aku tu, si Acai je dapat bergambar, aku ni mmg susah sikit nak cam orang, hahaha..lawak², apa-apa pun terima kasih kepada Acai yang sudi menjemput aku untuk shoot pada majlis mereka, dan kepada Adi dan Yanti, korang nampak makin ceria lah sekarang, maklum lah, pengantin baru kan..hehe, tapi memang korang berdua ni memang sporting habis laa, very very friendly and funny, hehe..aku harapkan semoga korang berdua berbahagia sepanjang hayat. InsyaAllah.

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

Syarif dan Yati

Tuesday, January 19th, 2010

Salam..kali ini giliran kedua mempelai iaitu Syarif dan Yati, majlis perkahwinan mereka di adakan di Pinggiran Putra, Kajang. Job kali ni adalah job penutup untuk 2009, terlalu banyak kenangan yang aku tinggalkan tak kira manis dan pahit, ikutkan hati aku nak je buat satu entry pasal 2009, hehe..tapi agak bz, tak sempat, apa² pun aku tetap bersyukur dengan segala yang diberi olehNya selama ini.

kepada kedua pengantin baru ni, aku harapkan mereka berbahagia selamanya dan terima kasih kepada kedua belah pihak keluarga korang, dan kepada K.A, Rabiq, Ajakdan Nanba terima kasih kerana sudi menolong aku dan menemani aku sepanjang majlis mereka, hehe, kadang² aku terpikir, sebenarnya memang seronok ambil gambar orang kahwin ni, terlalu banyak dapat belajar banyak benda² yang baru, pengajaran dan pengalaman terutama bab berjalan-jalan ni, aku harapkan 2010 ni, dapat lah pengantin yang memerlukan khidmat aku di Kelantan, sebab aku teringin pergi ke sana, hehe..InsyaAllah

***

“each moment is too precious to waste”

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion