" />

Isnin

Salam..cuti Thaipusam baru² ni aku pegi shooting lagi, kali ni LTDL di Putrajaya-Senawang Stage 1…pkul 8am dah terpacak kat Putrajaya tu, pastu si Zayd call ajak minum lu kat presint 9 (mamak kembar), dia dengan Chot dah ada sana..

“alaaa…benda tu start pkul 10am..ko bukan nye OP nak dtg awl²”…haha,nanba sound aku, ye x ye gak ek,xkan nak shoot penari² tu tengah make up..ngat wedding ke apa…jom² minum lu…

tengah otw nak ke kedai minum..aku tengok cuaca mendung je menyelubungi Putrajaya…aku tengok awan gelap di sana sini..tapi ada jugak awan yang ceria terang bederang…

“jap lagi panas la tu…ko tengok sana, cerah kan..siap ada rays lagi” nanba sedapkan ati masa aku tengah membonceng di belakang motor LC135 dia…

aku sengaja nak tumpang si nanba coz xlarat nak bawak motor time tu coz malam tadi aku baru sampai dari kampung, letih..aku dtg rumah dia pun naik kereta park kat rumah dia…huhu, pas minum kitaorang berempat gerak ke tempat starting di depan Palace Of Justice..kat sana terjumpa si Amm Oren tengah layan shoot..cuaca still sama, masih kelam²…xpela, shoot je laa..ntah berapa kali aku setting D80 aku, dari tukar white balance smpai ke optimize image untuk sesuaikan dengan cuaca pagi tu…si Zayd sengih je kat aku, mentang² la ko pakai D300 ek…

sebelum perlumbaan, mmg kitaorang dah cari port yang best di selekoh..tapi agak malang bagi diri aku coz satu gambar pun aku xdapat..hampes,tp xpelah,aku dh cuba juga kan..huhu,tp xpe..hasil perbincangan semua, kitaorang setuju kejar pelumba basikal ni sampai ending di Senawang,hati gembira kembali..aku tumpang kereta si Arm..gerak terus ke Senawang..

sampai di Senawang pkul 12pm, cuaca panas sangat,..aku berjemur mcm mat saleh berjemur di pantai…tp nak wat mcmna, kes balas dendam nak repeat balik yg kat Putrajaya tu kan…dekat sejam kitaorang tunggu konvoi basikal tu smpai kat ending dlm keadaan tengah panas tu…akhirnya..dia muncul…..


si Nanba tengah cari setting best kat D80 dia..


Mattia Gavazzi dari pasukan Diquigiovanni-Androni yang menang…

ternyata bukan senang nak dapatkan hanya sekeping gmbar..dengan orang yang terlalu ramai..dengan halangan polis lagi..tapi Alhamdullilah..aku dapat r juga daripada takda langsungkan..datang jauh²..huhu..


aku juga ingin jadi pelumba basikal laa mcmni…

selepas selesai…kitaorang bersurai di kedai makan selepas menikmati makan tegahari di Penang Street Cafe..dah abis..jom balik Putrajaya, hari Isnin masih panjang lagi ni..ada satu lagi shooting yang harus di bereskan..sesi outdoor portraiture Fadil n Jaja pada sebelah petang..plan asal ialah sebelah pagi, tapi dah clash kan ngan LTDL..lagipun cuaca kurang memuaskan pagi tu..pukul 5pm kitaorang start shooting di sana..kat sini, aku ada uploadkan beberapa gmbar untuk tatapan..enjoyy

tujuan shooting pasangan ni ialah repeat kepada outdoor mereka semasa perkahwinan mereka dulu yang xdapat buat coz hujan..sila tekan sini untuk tengok gmbar perkahwinan mereka berdua dulu…lastly, terima kasih kat Fadil dan Jaja coz sudi juga datang pada hari Isnin tu..dan terima kasih juga kat si Zayd dan Nanba yang turut serta dalam shooting tu…aku pulang ke rumah petang tu dengan diiringi selsema dan batuk² halus..nak demam la ni..hmmm

Wassalam

Like this post? Share it!

  • Tweet
  • Facebook

facebook comments:

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion