" />

CONTOH ALBUM KAMI

Assalamualaikum,

Di sini kami ingin memaparkan album dan produk-produk kami. Seperti yang sedia maklum, kekemasan album haruslah dititik beratkan bagi menjadikan album itu eksklusif dan cantik. Dipihak kami, proses pemilihan jenis material yang terbaik untuk album menjadi keutamaan kami. Sebagai contoh, leather cover dan juga jenis kertas yang digunakan haruslah mempunyai kualiti yang tinggi.

Setiap album kami akan disertakan dengan stamping nama pasangan di kotak ataupun pada cover album bagi menampakkan sebuah album itu lagi eksklusif.

Kami amat menitikberatkan tentang kekemasan pada album kami dari segi binding, lipatan, trimming dan lain-lain supaya ianya nampak lebih kemas.


Selain album, kotak album itu sendiri juga akan diberi perhatian dari segi kekemasannya. Pelanggan juga boleh memilih pelbagai warna untuk disesuaikan pada album mereka.



Di atas adalah contoh susunan layout yang kami gunakan untuk album kami. Kami memilih kolaj yang minimal untuk setiap helaian bagi menonjolkan gambar. Susunan yang teliti seperti pemilihan dan susunan gambar menjadikan faktor penting untuk album itu tampak kemas dan cantik.

Setiap pakej yang anda pilih akan didatangkan sekali dengan DVD/USB Case Leather Cover, 3 in 1 Bed Frame dan juga Frame Besar.

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion