" />

Salam Lebaran

Salam..

Pejam celik je kita dah hampir penghujung Ramadhan dan mula terasa ketibaan Syawal. Masa aku tulis ni, aku masih lagi kerja..orang lain banyak dah bercuti nampaknya, sekolah pun cuti Jumaat..ramai yang plan nak balik kampung Jumaat ni, bagi pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini..best la tol free, aku pun pengguna tegar highway LPT tu,hehe..tapi aku plan balik Sabtu..huhu, so takda la free tol..nak balik Jumaat mmg tak sempat, bis kerja pun petang, aku tak suka rushing² bila nak balik…

Seminggu aku cuti, macam² plan dah dalam kepala ni..tapi yang paling aku nantikan ialah pada 1 Syawal tu, di mana semua ahli keluarga aku akan berkumpul bersama, tak macam tahun lepas…aku berdua saja dengan adik aku beraya, lepas balik sembahyang raya, dia tengok aku, aku tengok dia…nak tak nak kena tunggu la adik beradik yang lain sampai dari rumah mertua masing²…3 tahun lepas(2006) lagi² meriah, sebab dia ada, rindu aku kat rendang dia, lemang, nasi impit, semualah masakan dia…dan paling aku rindu ialah aku nak cium tangan dia sambil memohon maaf di pagi raya tu…hmmm,aku rindukan arwah Ibuku…

Di kesempatan dan ruang ini, aku ingin mengucapkan ribuan kemaafan, mohon halal makan dan minum, harap semua kesilapan abis sempena hari raya dan Selamat Hari Raya kepada:

1) Semua pengunjung blog aku ni.
2) Kepada kawan² Photographer.
3) Kawan² aku yang baru dan lama..
4) Customer² aku yang lepas dan akan datang nanti.
5) Orang² kampung koi..
6) Peminat² aku..(ada ke??)

Ok kawan², dah panjang dah ni ucapan hari raya aku ni, kalah perdana menteri pulak nanti..ok, harap maaf la coz entry kali ni aku tak ada gambar, bukan apa..aku tak sempat nak amik gambar..baju melayu lambat beli..hahaha, tapi tak pe..aku gantikan dengan lagu raya faveret aku dari Siti Nurhaliza-Air Mata Syawal yang hampir membuatkan aku menangis setiap kali mendengarnya..hehe, kental beb…percaya tak..keh keh..pandu cermat bila pulang ke kampung nanti ok..kalau sesiapa ada buat open house, jemput² la ek..InsyaAllah aku datang, hihi..dan kepada sesiapa yang tahu lokasi rumah aku di kampung, jemput la datang…ok

Wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: jurufoto@ymail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

Like this post? Share it!

  • Tweet
  • Facebook

facebook comments:

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion