" />

Tag: ‘snapit’



Taufik + Yana

Friday, June 15th, 2012

Assalamualaikum,

Musim EURO dah start lama dah, sama naik dengan musim orang kahwin, hehe. EURO kali ni kurang aku dapat tengok dek sibuk. Nanti album entah kemana perginya, haha. Aku cuma tengok game yang best2 je, tu pun kalau sempat. Oklah, kali ni job aku di Chemor, Perak. Agak jauh juga, tapi sebenarnya aku memang suka kalau travel jauh2 untuk buat kerja. Macam berbaloi dengan tengok tempat orang, memang seronok. Kalau nak berjalan sendiri memang susah lah kot.








































Untuk outdoor bagi pasangan Taufik dan Yana ni aku buat di istana idaman aku selama ini, Kellie Castle kat Batu Gajah. Memang cantik dan terbaik tempat ni untuk outdoor, tapi kami sampai agak lewat juga dan diberi masa hanya sejam untuk shoot. Alhamdulillah, sempat juga shoot walaupun tak rasa puas sebenarnya lagi, hehe. Oklah, terima kasih kat korang berdua yang memberi layanan best. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan bahagia selamanya. Amin

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Ikhsan + Syazana

Thursday, March 29th, 2012

Assalamualaikum.

Kali ni job aku kat Bukit Gambir Muar, Johor. Pada mulanya aku ingatkan jauh, rupanya dekat je. Kali terakhir job aku di Johor tahun lepas. Sebenarnya seronok bila aku berpeluang buat job di Johor ni, macam2 adat dorang ada. Terutama sekali tol lah, kalau pihak pengantin lelaki tak sediakan duit tol ni kelam kabut juga coz rata2 penjaga tol ni tegar orangnya tak mahu buka laluan. Tapi tu semua untuk happy2 je, menceriakan suasana dengan pelbagai telatah.








































Untuk outdoor ni aku buat di Pekan Sungai Mati. Memang sebuah pekan yang lama, dengan majoriti masyarakat cina yang terlalu friendly. Sampaikan aku nak shoot pun dorang guide, haha. Kekadang tensen juga, tapi dorang memang terlalu peramah. Oklah, terima kasih kepada kedua pengantin dan juga keluarga pengantin yang menyediakan penginapan aku dan memberi layanan yang baik. Terima kasih juga kepada assistance aku Nas yang sudi menemani aku ke sini.

Wassalam~

Kerul Shukor
SnapIT Photography and Motion
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184

  

Hanif + Aiza

Sunday, December 18th, 2011

Assalamualaikum,

Entri aku kali ini ialah pasangan Hanif dan Aiza, majlis mereka berlangsung di bandar ikan patin, Temerloh. Temerloh juga tempat asal aku juga, aihh, rindu pulok kat kampung koi. Sebenarnya aku amat kagum dengan kesungguhan Hanif dan Aiza dalam menjayakan majlis mereka ni. Antaranya begitu banyak benda-benda yang kreatif terdapat dalam majlis mereka, semuanya detail. Dari botol-botol kacang sampailah ke guestbook dia pukui habaq ang. Oh ya, Hanif ni pulak berasal dari Penang, jauh noo mai Temerloh. Tapi takpa, kedua-duanya cikgu, insyaAllah dapat posting tempat yang sama.

image

Ok, dah habis layan gambar, mari kita layan video akad nikah mereka berdua pula di bawah ni. Video ini adalah dari team aku iaitu SnapIT. Ok, tahniah kepada kedua pasangan Hanif dan Aiza, semoga korang berdua murah rezeki dan berbahagia selamanya.

Aiza + Hanif | Majlis Akad Nikah from snapit on Vimeo.

wassalam~

Kerul Shukor
Jurufoto
Email: kerulshukor@gmail.com
Tel: 017.209.2184
YM: kerulala

  

 

All Images Copyright SnapIT Photography & Motion